Sunday 5 March 2017

Senarai Tugas Pengawas Pusat Sumber


1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)

2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain

3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS

Perasmian Program Nilam & Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber pada 27 Februari 2017



Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia.

NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca.

 

Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang




Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Program Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Hamzah Sendut 1 ini merupakan satu aktiviti yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang ilmu sains perpustakaan di USM.
Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun 3,4,5  dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.
Selain itu, lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan berkaitan ilmu sejarah dan sains perpustakaan.