Profil PSS

MISI PUSAT SUMBER
  • PSS sebagai sumber segala aktiviti pengkaedahan, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Mewujudkan suasana yang kondusif dengan menceriakan prasarana di PSS.
  • Melahirkan warga SKBB yang berbudaya membaca , budaya ilmu , pendidikan sepanjang hayat dan masyarakat penyayang.
  • Menyediakan input penggunaan dan penghasilan bahan sokongan yang boleh diguna pakai oleh kumpulan sasaran menggunakan pelbagai media dan sumber yang ada.


MOTO PUSAT SUMBER
PSS PENGGERAK MINDA

VISI PUSAT SUMBER
PSS NADI KECEMERLANGAN MINDA

OBJEKTIF PUSAT SUMBER SEKOLAH
  1. Menambah input, penggunaan dan penghasilan bahan sokongan yang boleh diguna pakai oleh kumpulan sasaran tanpa halangan, cepat dan berkesan dari pelbagai media dan sumber sedia ada.
  2. Meningkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran.
  3. Menggalakkan pelajar dan guru menggunakan Alat Bantu Mengajar.
  4. Menghayati Budaya Ilmu.
  5. Memberi kemudahan dan perkhidmatan pengendalian maklumat.
  6. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat.
  7. Menuju ke arah pencapaian matlamat Pusat Sumber Bestari.

MATLAMAT PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat Sumber  yang aktif dan berfungsi boleh mengatur beberapa rancangan tertentu dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat yang berikut :-
  1. Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
  2. Mengurangkan perluasan penggunaan buku teks sahaja di dalam pengajaran dan pembelajaran kepada mempelbagaikan penggunaan alat atau bahan bantuan mengajar.
  3. Menggalakkan tabiat belajar serta keseronokan dalam menggunakan pelbagai kemudahan alat, bahan pengajaran dan pembelajaran.
  4. Membantu murid-murid dan guru-guru dalam usaha mengeluarkan dan menilai pelbagai alat serta bahan pengajaran dan pembelajaran.
  5. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan murid-murid dan guru-guru yang berbeza antara satu sama lain.
  6. Melatih murid-murid menggunakan pengamatan mereka sendiri selaras dengan pertumbuhan pemikiran individu dan bertindak dengan dunia luar secara teratur dengan penuh kepercayaan kepada diri sendiri.
  7. Memberikan kesedaran dalam kalangan murid-murid dan guru-guru bahawa tugas memperbaiki dan meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran adalah tugas bersama

PIAGAM PUSAT SUMBER SEKOLAH
  1. Mempraktikkan kemahiran belajar dan kemahiran   pengendalian maklumat.
  2. Menyemai, menggalakkan, dan mempraktikkan budaya membaca,berilmu, dan berwawasan dalam kalangan murid-murid.
  3. Mempraktikkan pembelajaran kendiri yang perlu bagi pembelajaran sepanjang hayat.
  4. Membantu menggunakan kemahiran berfikir dan daya kreatif murid-murid.
  5. Membantu penggunaan teknologi dalam pengajaran untuk meningkatkan kaedah pengajaran dan        pembelajaran.
  6. Menggunakan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
  7. Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza.


No comments:

Post a Comment