Program Asas

  1. Jadual Waktu Perpustakaan
  • Semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Tahun 4,5  dan 6 masuk ke perpustakaan mengikut jadual waktu perpustakaan yang telah disediakan.
  • Pada waktu rehat, murid-murid masuk ke perpustakaan mengikut giliran kelas yang telah ditetapkan.
  • Pada waktu cuti sekolah, perpustakaan juga dibuka terutamanya kepada murid murid yang terlibat dengan kelas tambahan.
  • Aktiviti semasa Waktu Perpustakaan adalah seperti berikut :-
      • Program Nilam (Buku Rekod Bacaan Program Nilam)
      • Program Literasi Maklumat/Kemudi PSS (Rujuk Sukatan Pelajaran Literal Maklumat/Program Kemudi)
      • Aktiviti Perpustakaan (Pinjaman dan Pulangan buku)
      • Aktiviti yang bersesuaian mengikut topik yang diajar
  • Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja dibenarkan membuat pinjaman buku buku perpustakaan yang akan diuruskan oleh Pengawas Pusat Sumber Sekolah  dengan pengawasan guru.
  • Perpustakaan ditutup kepada semua guru dan murid pada pukul 4.00 petang.

  1. Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) – Program Kementerian Pendidikan.
  • Melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6.
  • Rekodkan buku-buku yang dibaca dalam Buku Rekod Bacaan Program Nilam.
  • Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan guru pembimbing.
  • Guru-guru Tahun 1, 2 dan 3 hendaklah meminjam buku-buku perpustakaan secara kelompok bagi menjalankan Program Nilam di dalam kelas.

  1. Program Literasi Maklumat/Kemudi PSS (Kementerian Menu Difusi PSS) –
              Program BTPN
Semua kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 terlibat dengan Program Kemudi PSS. Maklumat dan bahan bagi menjalankan program ini akan dipamer dan diletakkan di perpustakaan.
Satu salinan Sukatan Pelajaran Program Kemudi PSS akan diedarkan kepada semua guru untuk dilekatkan dalam Dokumen Persediaan Mengajar.

  1. Anugerah
Hadiah dan sijil sama ada daripada pihak sekolah atau BTPN akan dianugerahkan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Program Nilam mengikut aliran. Anugerah ini diadakan pada Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kanak-Kanak.

No comments:

Post a Comment